Archive for November, 2007

Apa yang dimaksudkan dengan WeekEnd???

Apakah definisi weekEnd? kalau di translate bulat-bulat maksudnya ialah MingguAkhir…so apa pula yang dimaksudkan dengan MingguAkhir…maksudnya hari-hari terakhir pd minggu tersebut sebelum masuk kepada minggu baru…so apa yang perlu kita buat pada hari-hari tersebut…

Pada pendapat aku perkara yang paling bagus yg perlu dilakukan ialah

  • Berehat bersama keluarga paling tak pun kawan-kawan serumah
  • Tidak perlu kecoh2x bangun awal pagi dan bergegas ke opis
  • Bangun ketika matahari sudah menampakkan cahaya nya….org dewasa perlu tidur yang cukup..hehhehe
  • Menonton rancangan kegemaran seperti jalan-jalan cr makan ka…melodi ka…nona ka…gedik santai ka…dan juga sin chan …(nie semua citer yg x de kt astro)
  • berehat-rehat sambil menonton citer yang telah didownload dengan best nyer
  • mencuci kereta..mungkin
  • pergi berjalan2x…
  • mengumpat mungkin….biasanyer x buat
  • mengedit gambar…hehehe..nie suka
  • menulis blog..mungkin

Tapi pd minggu ini kami dipaksa berkerja…sudah rugi waktu cuti…warghh222xxx..aku sangat malas…

Semoga aku akan tetap berada diopis sehingga jam punch card berbunyi nenenenenen….

Amin….

Leave a comment »

Saya sudah bayar hutang…..

ptptn1.jpg

Wahahahhaha…saya sangat gumbira pd hari ini kerana sy telah membayar hutang-hutang kepada salah seorang keluarga Penzoine iaitu PTPTN.Lihat lah dunia nilainya telah bernilai 0…kekekke…walaupun sedikit gumbira sbb telah membayar hutang namun sy tetap berdukacita krn akaun sy sudah kurang nilainya…maksudnya disini masih lambat lg lah sy akan menempuh hari bahagia….uwarghhhh…

So pada saat ini sy bertekad tidak akan meminjam lg duit drpd PTPTN…hehhehee…so TAHNIAHHH……fida….

Leave a comment »

Bila tiba masaNya..

Aku tak taulah kenapa bole terpikir nak tulis pasal Kematian.Mungkin sebab umur sudah menganjak ke usia tua kot….hehhehe…So haritu bila duduk-duduk aku terpikir gak dah ramai dah orang-orang yang aku kenali yang telah meninggalkan aku.Nasib kita yang hidup nie tak tau bila pulak, dah bersedia ka aku??Bersediakah untuk menjawab 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?

 Bila dihitung2x amal yang dibuat rasernya guna tangan jer tak payah susah-susah cari calculator…ah memang teruk..Adakah aku semakin bosan hidup ??Adakah aku semakin tidak puas hati dengan semua yang berlaku atas diri??Adakah aku semaki pesimis terhadap sesuatu??Adakah aku seorang hipokrit??wahahhaha…….Aku mau gembira…Aku masih mau bergelak ketawa….Aku masih mau duit yang cukup untuk beli apa saja. .Aku masih mau bergosiip sambil2xx mereka-reka cerita…Aku masih mau mencuba resepi baru seprti maggie goreng menjadi maggie berkuah, walaupun aku x tau apa rasernyer…Aku masih mau mengajar seseorang mencanai cweng gum didalam mulut utk menghasilkan bunyi yang menyeronokkan…Aku masih mau pergi beronggeng di kota keriangan lagi…Aku masih mau menonton citer2x korea yg didownload oleh fiza…Aku masih mau marah budak2x dalam kelas…Aku masih mau menegakkan keadilan terhadap orang2x jahat yg berketurunan penzoine..Aku masih mau berangan-angan pergi ke korea bersama fiza dan knonlie.. Tapi aku tau walaupun bertapa bnyak benda yang masih aku mau …jika telah tiba masanyer…semua nyer tidak akan berlaku..yang telah berlaku menjadi kenangan untuk yang masih ada….insaflah… Sungguh berat entry aku kali nie…hehehhe…so kengkawan insaflah…hehhehehe…so kt bwh nie ada lah sikit translate talkin…RENUNG-RENUNGKANLAH ..SELAMAT BERAMAL… 

Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. 

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala 
 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut  Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata: 
 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 

 Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini: 

 Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
  

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar 
 

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur 

 Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
 Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.     

 

Leave a comment »