Macam2x cara bole kita buat untuk lepas stress sebenarnya..main ngan sheero ka…tanam pokok money plantka…bela ikan ka…tgk movie ka…so last two week nie mmg x pergi mana ms weekend so kita org ada agenda sendirila….hik hik hik…iaitu menonton….well da 2 week nie ada 2 tema citer yg kita org tgk..

Tema : Seram

Tajuk : Feed

Sinopsis :

Maafla gambar dia x bole nk tunjuk nmpak sngat ngeri…cerita pasal sorang lelaki yg lebih kurang sakit mentalla…dia nie bila bercinta dia akan bagi awek dia makan banyak2x sampai awek dia gemuk x bole bangun…awek dia akan terbaring jer sbb x bole nak gerak sbb badan da sangat berat..pastu dia akan ada target berat awek dia..last sekali dia akan bunuh perempuantu…..ish2xx

Pastu lemak2x pompuan tu disimpan dan dibagi makan kepada mangsa yang seterusnya….loya sikitla citer nie…hampes btul…Overall cerita ok lain drpd yg lain dan bnyak gak menanng award…tp mungkin kt malaysia x lepasla…

Tajuk : The House (Thailand Movie)

Sinopsis :

Nie mmg citer hantu…berkaitan dengan seorang wartawan perempuan yang menyiasat rahsia sebuah rumah quarters di sebuah hospital.Rumah tu lebih kurang dah kena sumpahla kalu sesiapa yg duduk atau masuk rumahtu akan ada perasaan syak wasangka kepada pasangan masing2x dan seterusnya akan membunuh pasangan mereka…Dan sumpahan tu da terkena dkt wartawan tersebut dan dia dah bunuh pakwe dia….huhuhuhu…sadis btulll….

Tajuk : Roomate

Sinopsis :

Citer pasal satu sekolah menengah utk budak pandai…so pelajar yg masuk sekolah nie hanya bole belajar sahaja…x bole buat benda lain…dia org mcm duduk kt dalam penjara dan ramaila yg stress.Hari pertama kat sekolahtu semua barang diaorng telah diambil..termasuk baju…dan dia org diberi baju sekolah yg wajib dipakai pd bila-bila ms walaupun utk tidur…Disebabkan terlalu pentingkan peperiksaan kalau ms prep sapa yg nak p toilet kene rotan kat tngan dulu baru bole p toilet…zalim btul…

AKhirnya ada salah seorang bdk nie telah stress dan membunuh semua org kt sekolahtu..dan sebenarnya tragedi tu pernah berlaku suatu ketika dulu dan ia berulang kembali…setelah bunuh semua org dalam sekolah,sekolahtu dibakar….huhuhuhu…sedih btul…last sekali ada sorang jer yg selamat…

Last 2 week masa cuti aku sesibuk cari borang perjanjian PTPTN aku…dan terjumpala bnyak khazanah lama yg tersorok piruk kat dlm almari…rupa2x nyer bnyak jugak surat yg aku dapat masa bebelajar dulu ….kkekeke…telakar (kelakar) pulak rasernyer bila duk bebaca…zaman x brapa nak canggih la katakan….so harinie aku raser mcm nk menulis ala2x surat yg aku slalu dapat dulu….hehehhee

_______________________________________________________________

16/02/2008

Meja ofis……

11.49  AM    

Kehadapan sahabatku (sila letakkan nama anda)……

Apa khabar yer ???aku disini sihat hendaknyer…sudah lama aku x menulis disini..sebenarnya semua disebabkan mim alif lam sim…aku ada kehendak tp nak menaip tu …arghhh…perlukan mood sebenarnya..

Untuk pengetahuan ko…sebelumni aku telah bercuti dikampung halamanku…sungguh segar rasernyer…..manakan tidak…asam pedas ikan parang sepanjang masa ditambah dengan pisang masak lemak pekat…dan dimakan dengan ikan cencaru bakar…arghhh…indahnyer percutian dirumah sendiri….hehhehe…aku yg terliur sebenarnyer..

Tetapi ada gak yg x best sebenarnye…aku telah dijangkiti kuman @ virus yg hidup dalam badan aku…dan menyebabkan suhu badan aku naik tinggi  ditambah dengan gatal2x kerongkong…huk huk huk…hidungpun berair…sadis btul percutian kali ini…tu belum lg termasuk bayarann servis keter snbyak 200rm…huhuhuuu…yg menyebbkan suhu badan aku bertambah tinggi…

member2xx ku…

masa cuti ini juga aku telah berjaya menghabiskan bacaan satu novel yg bertajuk UNGU KARMILa…kekkeke…tulisan ramlee awang murshid…aku tertipu sebenarnya..ingt sambungan bagaikan puteri…rupanya bukan…genre tulisan adalah seram2x kuku…yg menyebabkan aku takut nak baca waktu malam…hampeh btul….efeknyer skarang bila tgk pokok2x jer aku raser mcm nk ttp idung…takut ia melepskan debunga yg boleh menyebabkan aku berhalusinasi…hik hik hik…pengaruh btulla…

raser smpai sini saja…sbb aku sudah malas sebenarnya…x der idea…jumpa lagi dilain lembaran…huhuhu…sangat jiwang bunyinyer…

p/s : jangan malas2x….buat frp yer…

aku kawan korang

 

 

streetsign1.jpg

Saya mau pindah ke angkasa lepas…mungkin Marikh…mungkin lebih tenang disana ?? Mungkin….

Well hari ini 14 hari selepas masuk tahun baru 2008, lama btul x menulis aku mmg bukan seorang penulis sebenarnya….mungkin aku perlukan translator…untuk translate apa yg otak aku pikir kedalam bentuk yg lebih komersial….perlukah ??

2008, angka yang menginjakkan satu lagi nombor bagi umur aku sudah separuh abad sebenarnya..aku x ader azam sebenarnya ..tp satu azam aku dari dulu dan mungkin aku akan guna sampai bila2x ialah AKU MAU KAYA…kekekkekee…mata duitan ka aku???

2008, smpai sekarang aku masih menunggu sesuatu yang di pos oleh seseorang….aku tak suka menunggu sebenarnya…

2008,mungkin aku perlu kurus..ini mmg perlu…..KURUS…datanglah menjengah aku…

2008, aku ingin bercuti….ahhh mari kita enjoy..tinggalkan mereka…

2008, aku perlu sesuatu yang baik tahun ini…

Itu saja…

 

Last week for the last class engine, pensyarah aku kater kini ramai golongan  yg telah diserang penyakit kemandulan minda…what the animal it’s?…golongan yang semakin malas nak berpk mcm aku nielah…raser mcm nak senang jer…malas nak membaca…malas nak cari gaduh…malas nak belajar benda baru..semuanyer malaslah…

Malas sampai aku sendiri x tau yang botol air mineral yg aku minum tu adalah hasil drpd gabungan tong2x sampah terbuang+ tangki2x buruk yg mungkin terdiri drpd tangki tahi +dengan benda2 buangan yang bila dikitar smula dan diklasifikasikan dan dilabelkan dgn no 1 atau saintifiknya dipanggil polycthilene….wah apa itu pembohongan yg mereka telah buat…..aku sangat loya pastinya…bila teringatkan iklan “pikir dulu sebelum buang”…aku tertipu atau mereka yang menipu……

Malas sampai aku x tau apa itu SUKHOI sebenarnya…

Malas sampai aku x tau apa punca HINDRAF naik darah sebenarnya…

Malas sampai aku x pasti knapa kerajaan hantar Abg Mus ke angakasa sebenarnya…

Sememangnya aku perlukan motivasi ekstrinsik dimasukkan kedalam badan suapaya aku tidak malas lagi..supaya aku menjadi semakin rajin..semakin bermotivasi utk melakukan sesuatu…i hope so….

Apakah definisi weekEnd? kalau di translate bulat-bulat maksudnya ialah MingguAkhir…so apa pula yang dimaksudkan dengan MingguAkhir…maksudnya hari-hari terakhir pd minggu tersebut sebelum masuk kepada minggu baru…so apa yang perlu kita buat pada hari-hari tersebut…

-

Pada pendapat aku perkara yang paling bagus yg perlu dilakukan ialah

  • Berehat bersama keluarga paling tak pun kawan-kawan serumah
  • Tidak perlu kecoh2x bangun awal pagi dan bergegas ke opis
  • Bangun ketika matahari sudah menampakkan cahaya nya….org dewasa perlu tidur yang cukup..hehhehe
  • Menonton rancangan kegemaran seperti jalan-jalan cr makan ka…melodi ka…nona ka…gedik santai ka…dan juga sin chan …(nie semua citer yg x de kt astro)
  • berehat-rehat sambil menonton citer yang telah didownload dengan best nyer
  • mencuci kereta..mungkin
  • pergi berjalan2x…
  • mengumpat mungkin….biasanyer x buat
  • mengedit gambar…hehehe..nie suka
  • menulis blog..mungkin

-

Tapi pd minggu ini kami dipaksa berkerja…sudah rugi waktu cuti…warghh222xxx..aku sangat malas…

-

Semoga aku akan tetap berada diopis sehingga jam punch card berbunyi nenenenenen….

-

Amin….

ptptn1.jpg

Wahahahhaha…saya sangat gumbira pd hari ini kerana sy telah membayar hutang-hutang kepada salah seorang keluarga Penzoine iaitu PTPTN.Lihat lah dunia nilainya telah bernilai 0…kekekke…walaupun sedikit gumbira sbb telah membayar hutang namun sy tetap berdukacita krn akaun sy sudah kurang nilainya…maksudnya disini masih lambat lg lah sy akan menempuh hari bahagia….uwarghhhh…

So pada saat ini sy bertekad tidak akan meminjam lg duit drpd PTPTN…hehhehee…so TAHNIAHHH……fida….

Aku tak taulah kenapa bole terpikir nak tulis pasal Kematian.Mungkin sebab umur sudah menganjak ke usia tua kot….hehhehe…So haritu bila duduk-duduk aku terpikir gak dah ramai dah orang-orang yang aku kenali yang telah meninggalkan aku.Nasib kita yang hidup nie tak tau bila pulak, dah bersedia ka aku??Bersediakah untuk menjawab 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?

 Bila dihitung2x amal yang dibuat rasernya guna tangan jer tak payah susah-susah cari calculator…ah memang teruk..Adakah aku semakin bosan hidup ??Adakah aku semakin tidak puas hati dengan semua yang berlaku atas diri??Adakah aku semaki pesimis terhadap sesuatu??Adakah aku seorang hipokrit??wahahhaha…….Aku mau gembira…Aku masih mau bergelak ketawa….Aku masih mau duit yang cukup untuk beli apa saja. .Aku masih mau bergosiip sambil2xx mereka-reka cerita…Aku masih mau mencuba resepi baru seprti maggie goreng menjadi maggie berkuah, walaupun aku x tau apa rasernyer…Aku masih mau mengajar seseorang mencanai cweng gum didalam mulut utk menghasilkan bunyi yang menyeronokkan…Aku masih mau pergi beronggeng di kota keriangan lagi…Aku masih mau menonton citer2x korea yg didownload oleh fiza…Aku masih mau marah budak2x dalam kelas…Aku masih mau menegakkan keadilan terhadap orang2x jahat yg berketurunan penzoine..Aku masih mau berangan-angan pergi ke korea bersama fiza dan knonlie.. Tapi aku tau walaupun bertapa bnyak benda yang masih aku mau …jika telah tiba masanyer…semua nyer tidak akan berlaku..yang telah berlaku menjadi kenangan untuk yang masih ada….insaflah… Sungguh berat entry aku kali nie…hehehhe…so kengkawan insaflah…hehhehehe…so kt bwh nie ada lah sikit translate talkin…RENUNG-RENUNGKANLAH ..SELAMAT BERAMAL… 

Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. 

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala 
 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut  Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata: 
 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 

 Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini: 

 Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
  

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar 
 

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur 

 Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
 Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.     

 

Kejab jer dah abis raya…da berpuluh tahun rupanyer aku sambut raya..teringat pulak beberapa citer pasal bulan posa…

Kisah 1 aka Sliding Door Baru

Rasernyer kisah nie berlaku waktu aku sekolah menengah…form 1 @form 2 kot…masertu masjid kg aku telah membuat renovation…so bnyaklah perubahan pada masjid kg aku nie…..dari ambil sembahyang gunakan kolam besar da boleh guna paip..dari simen biaser dah bermamar….dan termasuklah dari pintu kayu yang nmpak cam senget dah bertukar menjadi sliding door yang cantik…tapi kalu korang nak tau hebatnyer sliding door nie kalu tutup dia punyer clear mcm x der cermin..hebat btul..baru le katakan x tercalar lg..so ader la sikit citer pasal sliding door nie…masatu kita org p terawikh skali ngan adik aku kak teh @ciputet..mak ngan arwah nenek aku..tp dia org dua org duk baris depan lah kami yang kanak kanak rebina nie duk lah kat saf blkang…hehhehe…nak tuangpun senang ialah 23 rakaat tu…so sedang kami menuggu waktu solat tetiba kami nmpak seorang nenek tu sedang melekap kat sliding door….sorrylah nama nenek tu terpaksa dirahsiakan..kekeke..kami pun dok heran apsal nenek tu da mcm lelabah sambil tapak tangan dan muka diletakkan di sliding door…dia x lepas-lepas dr pintu tu…tapi dia terus berusaha…smpai memakcik ngan nenek2x kt dalm masjid…jerit wei pintu tu tertutup tu buka dulu….rerupanyer nenektu x perasan yg sliding door tutertutup…. aku nag kak teh gelak sakan ms tu…hehehhehe..kesian nenek tu…..akhirnyer nenek tu masuk ke masjid dgn selambernyer…hebat lah nenek…..

Kisah 2 aka Makan Banyak

Mak selalu pesan jangan makan banyak2x masa buka karang nak p terawikh susah..tp kami balun jer…memula niat mmglah ader…hehehehehe…

Citernyer bergini ..pd satu hari kami pergilah terawikh mcm biasa…dan lokasi kami biasalah jauh drpd nenek dan mak…hehhehe…so hrtu semayang mcm biasa dan bila smpai solat witir yang lastu adik aku kakteh kata…dia mcm nk muntahlah…aka kater kejablah…dah nak abis nie…tp mungkin disebabkan dia x tahan sangat dengan lodakan didalam perut sendiri ..lalu dia pun muntah…uwarghhh..aku tgk ms tu dah penuh kat dalam telekung..tp yg bijaknyer dia telah menjdkan telekung tu seperti besen….loya btullah …aku terkejeut gak…hehhehehe..tulah dah pesan jgn mkn bnayk nak jugak…lalu kami pun balik awal ….nasiblah x der org lain yg nmpak….

Kisah 3 aka Tidur Berdiri

Aku raser aku mmg da cukup dah stamina…tp masalahnyer bila p solat terawikh jer mesti mengantuk…hehehhee…saper yg setan nie?…kekkekee…so satu haritu aku solat cam biasa…tp yang lain nyer aku raser apsal aku solat dengan raser nyamanner…rupanyer aku dah tertido…aku jer terpacak sesorang sedangkan semua makmum yang lain dah tahyat akhir…aku terus berdiri dan berdiri….uwarghhhh…bila sesedar jer aku pun terus2x sujud kekonon mcm bc surah dengan panjang nyer….uwarghhhh…malu2xx

Tulah sedikit citer yg masih aku ingat masa bulan posa nie..hehhehehe…so untuk semua Selamat Hari Raya…. 

ikea.jpg

Last saturday..aku,datin, ijema ,fiza dan mahadir telah pergi berpeleseran di kuala lumpur…kekekeke..kami sangat gumbira kerana telah meninggalkan politeknik walaupun sekejap aja…didalam kereta kami ketawa girang sambil menyanyi2x…nak makan x boleh la sbb posa…

kami sampai kul 1 lebih setelah berpusing-pusing beberapa kali utk mencari 1 utama…tp kami tidak kesal walaupun sesat kerana kami sangat gumbira ketika itu…hik hik hik..setelah sampai kami pun mau merehatkan lenguh-lenguh kaki kami berada 2 jam lebih didalm kereta..lalu kami pun buatlah keputusan utk menonton kami memilih cerita “Skin Walker” ..pilihan kami mmg biasnyer sangat tepat kerana hanya ada lebih kurang 10 org shj termasuk kami…raser mcm chatted wayang tu plak..kami menonton dlam keadaan yg sngat emo…kekkekeke sajer nak bg best citer tu…

Lepas jer abis citer serigala jadian tu kami pun menuju ke ikea…wah sudah lambat lalu kami beratur utk makan di buffet ikea yg harganye RM15.90 shj…rupanye kami adalah seorng yg sngt tabah krn terpaksa beratur selama lebih kurang 1 jam dan berbuka dgn hnya juice mangga dan kurma yg diedarkan oleh adik yg keje kt ikea tu..rmai sungguh manusia….bg lah can kat kita org yg dtg dr jauh nie…ish2xxx..well mknan dia oklah…sbb kami da lapar sngt masa…terlihat senyuman riang datin ketika itu…heheheheh…so datin next station chillis kan….hik hik hik..

makanan1.jpg

kami makan smpi kenyang…best2xx..tp kalu ada org belanja mmg lg best sebenarnya…whahhahaa…tolongla belanja kami…tolonglah….dapat bnyak pahala tau…

abis.jpg

wah saper makan smpai habis nie….ish2xx teruk btul…k sudah sngat malas mau taip…so rumusan perjalanan kali ini “BEEESSSSSSSSSSTTTTTTTTT”

nie contoh telekung…

Bila cakap pasal telekung nie bukan la maksud nya aku nak bg tazkirah ker apa tp teringat satu cerita tentang telekung……..begini kisahnyer….

Aku..fiza dan knoli pada suatu hari telah pergi makan-makn dikedai Abang…lalu setelah membuat order kami pun inginlah beribadat lebih dahulu (baikkan kami)…setelah mengambil air sembahyang di tandas belakang yang sekali entry herganyer adalh 30 sen..mahalkan?? toilet buruk jer…

sambnug balik…..lalu kami pun masuklah kedalalam surau..lalu kami pun mengambillah telekung yang telah sedia ada…tp biasalakan telekung kat tmpat awam nie…fuh boleh pengsan woh raser kalu letak kelorok pun x tau boleh ilang kuman kedak….lalu aku pun mengambil sehelai telekung yang agak putih bersih dr yang lain hehehhehe…erti kate lain cuba rebut dr fiza..aku pun pkailah telekung tu….fuhhhh mmg hebat..nielah telekung yang sangat cantik pernah kami tengok ditempat awam…kain tudungnyer berenda2xx ..berkedip2xx…mmg hebatlah…raser mcm pengantin masatu….fiza yang sudah lepas sembahyang sangat terkejut dengan keanggunan aku waktu itu…rasrnyer dia jeles kot sbb x dpt mengenakan kain telekung yang snagat cantik itu….kekekkeke….ok lah…so fiza bila lg kita nak pakai telekung cantik camtu???heheheh…jom p kedai abang  lpas posa nie….